Selepas selesai menunaikan solat Asar di Masjid Razaleigh, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah bergerak ke Perkampungan Orang Asli Kuala Lah, Gua Musang untuk bertemu mereka dalam usaha mendapatkan input berkenaan #Bajet2023.
Seperti yang kita tahu, masyarakat Orang Asli kini sudah sangat terkehadapan dalam segala bidang dan #TeamMOF ingin melihat secara mikro sekiranya terdapat keperluan yang boleh dimasukkan sebagai input Bajet 2023.
Beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kotak makanan Bank Simpanan Nasional Care dan menyampaikan Sijil Tamat Kursus serta Penyerahan Simbolik Business Starter Kit Orang Asli.
Beliau juga berkesempatan melihat hasil usahawan-usahawan Orang Asli yang sememangnya unik dan menarik.
#TeamMOF akan terus bertemu dengan segenap lapisan masyarakat bagi memastikan Bajet yang akan dirangka dapat meliputi keperluan keseluruhan penduduk Malaysia.