YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah menghadiri Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) di Dewan Masyarakat Beluru, Sarawak.
Ramai pengunjung yang telah hadir dan ketibaan beliau dan #TeamMOF telah disambut dengan penuh adat dan tradisi yang mempersembahkan tarian tradisi suku kaum masyarakat Sarawak.
Beliau juga berkesempatan melawat 17 kaunter pameran agensi-agensi Kerajaan yang menyediakan pelbagai informasi dan maklumat serta beramah mesra bersama ketua-ketua kampung serta penduduk setempat.
Beliau turut mendengar pelbagai maklum balas serta cadangan orang awam khususnya yang menetap di kawasan pedalaman.
Semua cadangan akan dibawa untuk dipertimbangankan dalam kerangka Bajet 2023 demi kebajikan rakyat.
Terima kasih beliau ucapkan di atas sambutan meriah yang diberikan oleh pihak penganjur dan semua yang terlibat.