YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang dan singgah di Terminal Bas Jertih, Terengganu untuk melihat keadaan terminal bas yang agak kurang kondusif.

Beliau mengambil maklum berkenaan perkara-perkara yang Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Jertih bawakan untuk diperiksa semula sekiranya terdapat keperluan untuk membina terminal bas yang lebih sesuai.

