YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang dan meluangkan masa mengunjungi Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Pontian, Johor.

Beliau juga sempat bertanya khabar penerima-penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2 serta turut melihat sendiri proses penunaian bantuan tersebut.

