Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke ECRL Basecamp Tunjong, Kota Bharu

Sesi Turun Padang Ke ECRL Basecamp Tunjong, Kota Bharu

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di ECRL Basecamp Tunjong, Kota Bharu untuk meninjau perkembangan pembinaan ECRL.

Terdapat hampir 600 orang pekerja dan jajaran keseluruhan projek ECRL adalah sepanjang 665 kilometer, keseluruhan Seksyen A adalah sepanjang 210.4 kilometer manakala jajaran di negeri Kelantan pula melibatkan jarak 43.86 kilometer. Selain itu, terdapat sebuah lagi stesen ECRL di negeri Kelantan iaitu di Pasir Puteh.

Beliau berpandangan bahawa apabila stesen ECRL telah siap pada tahun 2026, ekonomi penduduk di kawasan sekitar dapat ditambah baik hasil limpahan ekonomi dan beliau berharap penduduk luar bandar dan penduduk tempatan akan bersedia mental dan fizikal untuk menyambut kepesatan ekonomi yang bakal tiba.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility