Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke FNSS Defense System Sempena Lawatan Negara Di Turkiye

Sesi Turun Padang Ke FNSS Defense System Sempena Lawatan Negara Di Turkiye

Bagi hari ke-3 sempena Lawatan Negara ke Republik Turkiye, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke FNSS Defense System, salah satu pemain industri pertahanan utama negara tersebut.

Sepanjang lawatan tersebut, mereka telah diberikan taklimat mengenai kenderaan ketenteraan terkini yang dikeluarkan FNSS dan demonstrasi produk. FNSS adalah syarikat yang bekerjasama dengan DRB-Hicom Defense Technologies (Deftech) yang membangunkan kenderaan berperisai ACV 300 di Pekan, Pahang, yang kini digunakan oleh Kor Armor Diraja Tentera Darat. Namanya pula diambil sempena nama Leftenan Adnan Saidi.

Malaysia sebelum ini telah memesan dan menerima 267 kenderaan berperisai ACV 300 dalam pelbagai versi. Semoga aset-aset ketenteraan sebegini dapat terus menjamin kesejahteraan, kedaulatan dan keharmonian tanah air kita.


Arkib Foto

Logo Accessibility