YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II dan #TeamMOF telah berkesempatan turun padang dan melawat sempadan Rantau Panjang, Kelantan.
Dalam lawatan tersebut, mereka telah meninjau kawalan pengoperasian Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang yang merupakan laluan Malaysia-Thailand. Turut dimaklumkan pintu masuk tersebut amat popular dalam kalangan warga antara dua negara.
Antara cabaran besar yang dihadapi setiap tahun adalah bencana banjir yang memberikan kesan besar kepada ekonomi dan masyarakat setempat di samping kekangan-kekangan tertentu yang pasti akan diambil serius untuk kesejahteraan bersama khususnya warga #KeluargaMalaysia yang mendiami di kawasan sempadan negara kita.