Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke FOLO Farms, Ulu Tiram, Johor

Sesi Turun Padang ke FOLO Farms, Ulu Tiram, Johor

#TeamMOF telah memulakan program jelajah negeri Bajet 2023 di negeri Johor Darul Ta’zim yang merupakan negeri pertama dikunjungi dalam usaha mendapatkan pandangan dan cadangan di peringkat akar umbi terutamanya dari rakyat, industri setempat termasuk Kerajaan Negeri.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke FOLO Farms di Ulu Tiram yang merupakan inisiatif komuniti setempat untuk menghasilkan sayur organik, di mana baja kompos dihasilkan daripada sisa makanan dari hotel dan restoran di bandar Johor Bahru. Selaras dengan slogannya “Know your farmer, know your food”, sayur-sayuran di sini tidak menggunakan bahan kimia dan hasilnya akan dikongsi bersama 150 keluarga yang terlibat seminggu sekali.

Proses penghasilan di ladang tersebut menunjukkan bahawa Malaysia juga mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan penghasilan makanan di kawasan bandar yang menerapkan prinsip kelestarian.

Kerajaan Persekutuan komited untuk memantapkan proses penyediaan Bajet 2023 melalui penglibatan dan sumbangan #KeluargaMalaysia bagi memastikan bajet yang dibentangkan di Parlimen mencerminkan denyut nadi rakyat untuk manfaat semua.


Arkib Foto

Logo Accessibility