Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke ISGIA, Turkiye

Sesi Turun Padang ke ISGIA, Turkiye

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA), mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Lapangan terbang tersebut dikendalikan oleh Malaysia Airports Holding Berhad.

Turut bersama-sama adalah Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi MAHB serta Dato’ Iskandar Mizal, Pengarah Urusan MAHB.

Sebagai salah satu pelaburan MAHB di luar negara, MAHB telah melaburkan kira-kira 500 juta Euro dalam projek lapangan terbang tersebut dan dimaklumkan ISGIA adalah lapangan terbang ‘ranking’ kedua di Eropah yang mencatat pemulihan paling pantas pada tahun 2021. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan untuk MAHB.

ISGIA juga adalah lapangan terbang kedua terbesar di Turkiye dengan landasan tunggal (single runway) ke-6 paling sibuk di Eropah, mengendalikan penerbangan ke 110 destinasi di 49 negara.

Paling membanggakan, ISGIA muncul sebagai lapangan terbang pertama dunia menggunakan sistem kawalan jauh inovatif bagi jejantas untuk kemudahan penumpang berlepas dan membolehkan proses berkaitan dilakukan dengan penggunaan kamera serta pengesan dengan ketepatan tinggi.

Kejayaan sebegini membuktikan bahawa syarikat tempatan memang berkemampuan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Arkib Foto

Logo Accessibility