Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Kampung Geting, Tumpat, Kelantan

Sesi Turun Padang Ke Kampung Geting, Tumpat, Kelantan

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1 telah berkesempatan turun padang ke Kedai Ikan Bekok Kak Yah di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan untuk sesi beramah mesra dan turut memantau para usahawan sosial yang terlibat dengan projek UMK-MOF Social Enterprise.

Penghasilan ikan bekok boleh dikatakan seperti ikan masin tetapi ia bukan ikan masin kerana ia tidak dijemur lama di bawah matahari.

Peniaga ikan bekok, Kak Yah telah memulakan perniagaan tersebut sejak tiga tahun lalu dan telah belajar memproses ikan secara komersial daripada pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Beliau turut diberitahu bahawa proses penghasilan ikan bekok mengambil masa dua hingga tiga jam untuk membuat perapan ikan sebelum diperam untuk satu hari dan dijemur bergantung kepada keadaan cuaca.

Apabila projek ‘solar dryer’ sudah boleh digunakan pada masa akan datang, Kak Yah dan peniaga ikan bekok lain tidak perlu bergantung kepada cuaca lagi untuk penghasilan ikan bekok.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Kak Yah dan berharap agar perniagaan ikan bekok akan menjadi lebih maju pada masa akan datang.

Arkib Foto

Logo Accessibility