Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke Kampung Melayu Majidee, Johor

Sesi Turun Padang ke Kampung Melayu Majidee, Johor

Seusai pertemuan bersama Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Kampung Melayu Majidee.

Beliau juga telah diapit YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan serta pemimpin masyarakat setempat.

Beliau turut menurunkan tandatangan pada plak kenangan di Masjid Kampung Melayu Majidee.

Ia mengimbau kenangan 27 tahun lalu tatkala beliau berkunjung ke negeri Johor untuk merasmikan pecah tanah bangunan masjid.




Arkib Foto

Logo Accessibility