Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke Kampung Pulau Betong, Pulau Pinang

Sesi Turun Padang ke Kampung Pulau Betong, Pulau Pinang

Sebanyak 9 projek fizikal, 3 program impak tinggi komuniti jangka panjang, 5 program gotong-royong dan Corporate Social Responsibility (CSR) serta 6 program pembangunan komuniti dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan (MoF) untuk Kampung Angkat MADANI MoF di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Projek menaik taraf infrastruktur seperti dewan, surau, masjid, perpustakaan desa, jeti, dataran rekreasi dan lain-lain kemudahan asas ini bakal memanfaatkan seramai 1,200 orang penduduk setempat.

Manakala program bukan fizikal bagi Kampung Pulau Betong adalah program yang memperkasa rakyat termasuk kelas tambahan pelajar, bimbingan kemahiran dan gotong-royong membersihkan sekitar kampung.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II berkesempatan melakukan tinjauan kemajuan projek-projek berkenaan di sekitar Kampung Pulau Betong.

Antara potensi tarikan utama di Pulau Betong ini adalah sektor ekopelancongan yang terdiri daripada pantai, hasil laut, aktiviti memancing, selain lanskap geografi yang terdiri daripada bukit bukau, dusun durian, ladang gaharu serta penternakan tiram, udang dan ketam nipah dan juga eksplorasi sungai dan paya bakau. Terdapat juga perusahaan Batik Pulau Betong dan sebanyak 24 inap desa diusahakan di Pulau Betong.

Program ini menyasarkan untuk mempercepat pelaksanaan projek kecil di kampung Pulau Betong bagi merapatkan jurang ekonomi serta melengkapkan kemudahan asas.

Arkib Foto

Logo Accessibility