YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Pusat Latihan Aeroangkasa Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) (KATC), Sabah sempena lawatan kerja beliau di Sabah.

KATC akan menjadi pusat latihan pertama Sabah yang menawarkan Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat sebagai program latihan dengan sijil yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam di Malaysia dan juga Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA).

Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) juga menyasarkan penciptaan hampir 12,400 peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan. KKIP merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Pusat dalam memajukan ekonomi setempat.

Bagi meningkatkan penciptaan pekerjaan, sejumlah RM4.8 bilion juga diperuntukkan di dalam Bajet 2022 untuk mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan melalui inisiatif JaminKerja.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif di bawah Bajet 2022, orang ramai boleh melayari di laman sesawang https://budget.mof.gov.my/manfaat/