Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Kelantan

Sesi Turun Padang Ke Kelantan

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Pasir Mas, Kelantan bagi meninjau tahap bencana banjir yang telah melanda kawasan tersebut.

Beliau turut menziarah mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.

Dalam lawatan itu, beliau telah mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir teruk. Kerajaan juga akan meneruskan bantuan banjir RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terkesan, selain RM10,000 kepada setiap keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir.

Kerajaan turut memberi jaminan bahawa projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan 2 di Kelantan akan dipercepatkan tanpa kos berlebihan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu segera hantar laporan berhubung PLSB Sungai Golok kepada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum tender dibuka.

Arkib Foto

Logo Accessibility