Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke KWAP

Sesi Turun Padang ke KWAP

YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, telah berkesempatan mengadakan sesi lawatan rasmi ke pejabat Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Menara Integra, Kuala Lumpur.

Sesi kunjungan rasmi tersebut disusuli dengan satu sidang media ringkas KWAP bersama beliau, Puan Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP dan Encik Hazman Hilmi Sallahuddin selaku Ketua Pegawai Pelaburan KWAP.

Sidang media tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kesiapsiagaan peningkatan kualiti persaraan dengan kepelbagaian program di bawah inisiatif MyPesara.

Persiapan untuk persaraan adalah salah satu komponen utama yang diusahakan oleh KWAP agar pesara serta bakal pesara dapat menyediakan pelan persaraan yang lebih mampan.

KWAP juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan slogan baharunya iaitu 'Teman Persaraan Anda' dalam sesi tersebut.

Arkib Foto

Logo Accessibility