YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke lapangan di sempadan Malaysia-Singapura di CIQ Johor Bahru untuk meninjau keadaan keselamatan dan kecekapan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Dengan pembukaan sempadan negara yang diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, pemantauan secara berkala harus dibuat bagi memastikan kes-kes penyeludupan barang yang berlaku di sempadan-sempadan negara dapat ditangani oleh pihak JKDM.

Beliau turut mengambil maklum segala dapatan semasa tinjauan tersebut untuk beliau kemukakan ke pihak yang lebih tinggi. Semestinya, rakyat Malaysia mahukan sebuah sistem keselamatan sempadan negara yang sangat efisien dan mampu menandingi kastam di negara-negara lain.
