YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
![]() |
![]() |
Beliau berkesempatan membeli butang baju melayu untuk anak beliau dan baju Kedah untuk isteri beliau serta keropok untuk dibuat kudap-kudapan semasa raya nanti.

Beliau turut berkesempatan bersembang dengan para peniaga dan pengunjung, serta penguatkuasa yang memantau operasi bazar. Kelihatan keadaan operasi tersusun dan terkawal.
![]() |
![]() |
Para peniaga dan pengunjung pun semuanya kelihatan ceria. Harapan beliau, semoga semangat ceria dan gembira ini akan diteruskan sehingga hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
![]() |
![]() |