Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke Medan Selera Kota Tinggi, Jalan Jaafar, Johor

Sesi Turun Padang ke Medan Selera Kota Tinggi, Jalan Jaafar, Johor

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I bersama YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi telah berkesempatan turun padang ke Medan Selera Kota Tinggi, Jalan Jaafar, Johor di mana medan tersebut telah mula beroperasi dan turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau turut berkesempatan menyantuni para peniaga sambil bertanyakan keadaan mereka sebaik sahaja negara memasuki fasa Pelan Pemulihan Negara.

Walaupun perniagaan tidak serancak seperti dahulu, rata-rata mereka sangat gembira kerana dapat berniaga seperti biasa.

Beliau berharap agar mereka akan terus tabah dan berusaha untuk terus mencari rezeki. Kementerian Kewangan akan sentiasa memberi perhatian buat golongan peniaga dalam #Bajet2022.

Arkib Foto

Logo Accessibility