YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Tenusu Muadzam Shah (MSCRIC) yang dimiliki oleh Farm Fresh Bhd sempena sesi lawatan rasmi bersama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri di Kuantan, Pahang.

Produk keluaran tempatan tersebut boleh dikatakan amat popular dalam kalangan #KeluargaMalaysia dan sentiasa dijual di pelbagai pasar raya besar sekitar Malaysia.

Dengan kekuatan seramai 120 orang pekerja, pusat tersebut menempatkan sebanyak 3,600 ekor lembu dengan kemampuan menghasilkan 18,000 sehingga 21,000 liter susu setiap hari.
Melihat kepada kejayaan proses kerja mereka, model ternakan MSCRIC juga akan dijadikan contoh dan diguna pakai oleh pihak ECERDC dan Kerajaan Negeri untuk mengembangkan lagi industri tenusu negara serta seterusnya meningkatkan lagi jaminan keselamatan makanan negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |