YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar, Sabah bersama pegawai-pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah untuk melihat demonstrasi mesin pengimbas kargo baharu jenis pandu lalu yang dilengkapi Artificial Intelligence (AI).

Pihak JKDM seluruh Malaysia akan dibekalkan dengan mesin pengimbas untuk menambah baik kerja-kerja pemeriksaan dan membanteras penyeludupan, seterusnya meningkatkan lagi hasil pungutan negara.

Di samping itu, beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada JKDM Zon Sabah yang telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.432 billion, melepasi sasaran RM1.363 billion yang telah ditetapkan oleh JKDM bagi tahun 2021.

Beliau juga merakamkan syabas kepada JKDM Sabah kerana berjaya menggagalkan operasi kartel pengedaran dadah antarabangsa yang melibatkan rampasan dadah seberat lebih 261.9 kilogram bernilai RM9.424 juta serta membanteras penyeludupan rokok dan minuman yang melibatkan nilai rampasan berjumlah RM6.211 juta serta telah berjaya menyelamatkan duti cukai terkorban sebanyak lebih RM15.068 juta.