YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Pelabuhan Tanjung Langsat sempena Program Jelajah Bajet 2023 Johor bersama #TeamMOF.
Kedudukan Pelabuhan Tanjung Langsat pada 12.0 batu nautika (22.2 kilometer) dari salah satu perairan perkapalan antarabangsa paling sibuk di dunia ini menjadikannya lokasi strategik sebagai sebuah hab ‘Oil and Gas’ serantau.
Beliau turut telah diberi kesempatan untuk melihat pemandangan sekitar Pelabuhan Tanjung Langsat dari geladak utama kapal TechnipOMC, sebuah syarikat dari Perancis yang sedang berlabuh di pelabuhan ini.
Objektif utama lawatan ialah sesi dialog bersama pihak berkepentingan dari industri kimia. Industri kimia merupakan antara sektor keutamaan negara bagi pelaburan dan penjanaan pekerjaan sebagai industri hiliran yang dapat mengoptimakan nilai tambah dari sektor minyak petroleum dan sawit. Sesi dialog bersama industri dan pihak berkepentingan seumpama ini telah menghasilkan hampir 50 langkah yang dimasukkan dalam Bajet 2022.
Cadangan-cadangan yang dikemukakan pihak industri semasa sesi dialog tersebut bagi memacu industri kimia negara Malaysia sudah tentu akan dipertimbangkan untuk Bajet 2023.