YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang untuk Program Penyerahan Bakul Makanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Temerloh, Pahang.

Sesi penyampaian bakul makanan tersebut adalah sumbangan pihak JKDM kepada 15 wakil mukim yang mewakili seramai 500 penerima.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Temerloh kerana telah menjayakan inisiatif sebegini sempena lawatan kerja Menteri Kewangan. Beliau berharap agar dengan sumbangan sebegini akan meringankan beban semua penerima.