Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II, Pulau Banggi, Sabah

Sesi Turun Padang Ke Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II, Pulau Banggi, Sabah

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II, Pulau Banggi, Sabah.

Projek tersebut bermula pada 18 Julai 2011 dan telah siap sepenuhnya pada 24 Januari 2014. Seterusnya projek tersebut diserah tugas kepada SESB untuk tujuan pengoperasian dan selenggara bagi memberi manfaat kepada 851 buah rumah di Pulau Banggi.

Projek tersebut adalah merupakan projek tambahan 1000kWp Solar Panel dan 5 unit Jentera Penjana Diesel dengan kapasiti terpasang 1450kW bagi tambahan kepada Stesen Sistem Solar Hibrid Pulau Banggi Fasa I yang berkapasiti 200kWp. Ini adalah untuk menampung permintaan dan keperluan beban pengguna yang kian meningkat di Pulau Banggi.

Penggunaan tenaga solar merupakan usaha untuk ‘affordable dan green energy’ yang menggalakkan penjanaan menggunakan Tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy (RE)) dan mengurangkan penggunaan bahan api diesel yang seterusnya boleh mengurangkan pencemaran udara seterusnya menyokong pembangunan SDG di negara kita.

Semoga projek tersebut dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada penduduk yang memerlukan.

Arkib Foto

Logo Accessibility