YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kg. Indah Jalan Langkon, Pitas, Sabah untuk meninjau keadaan pembinaan PPR tersebut.

Projek tersebut meliputi perumahan 440 Unit Rumah Pangsa 5 tingkat dan kemudahan yang berkaitan untuk Program Perumahan Rakyat yang merupakan usaha Kerajaan untuk membentuk komuniti sejahtera, harmoni, selamat serta mempunyai aksesibiliti kepada kemudahan awam.
![]() |
![]() |
Sepatutnya projek tersebut sudah siap sepenuhnya tetapi ia masih tertangguh dan belum dapat didiami penduduk yang layak di Pitas atas sebab-sebab tertentu.

Beliau akan melihat segala keperluan untuk memastikan projek tersebut dapat disiapkan secepat mungkin.
