Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Tok Bali Supply Base, Kelantan

Sesi Turun Padang Ke Tok Bali Supply Base, Kelantan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Tok Bali Supply Base, Kelantan.

Salah satu projek di bawah East Coast Economic Region (ECER) ialah pembangunan industri gas dan petroleum bagi memacu kemajuan negeri Kelantan.

Tok Bali Supply Base menyediakan perkhidmatan dan sokongan logistik kepada sektor minyak dan gas di perairan timur utara Semenanjung Malaysia termasuk Teluk Siam. Lokasinya amat strategik kerana hanya 160 kilometer dari Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand.

Projek sebegini akan dapat meningkatkan aktiviti eksplorasi lapangan minyak dan gas baharu bagi memastikan bekalan tenaga negara dapat dipenuhi di masa hadapan.

Arkib Foto

Logo Accessibility