Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke Turkish Aerospace Industries, Turkiye

Sesi Turun Padang ke Turkish Aerospace Industries, Turkiye

Di hari keempat Lawatan Negara ke Republik Turkiye, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Turkish Aerospace Industries (TAI), syarikat pemain utama industri pertahanan dan aeroangkasa Turkiye untuk sesi taklimat dan demonstrasi pelbagai kenderaan udara ketenteraan Turkiye seperti jet pejuang, helikopter dan UAV Drone.

KDYMM Tuanku juga telah berkenan untuk mencuba simulasi jet pejuang dan melawat perkarangan TAI untuk melihat pengoperasian syarikat tersebut, termasuk melawat tempat pemasangan kapal terbang. KDYMM Tuanku juga telah bertemu dengan beberapa pelajar Malaysia yang menjalani latihan praktikal di TAI.


Arkib Foto

Logo Accessibility