Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke UTC Pulau Pinang

Sesi Turun Padang ke UTC Pulau Pinang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pulau Pinang bersama YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang sempena sesi lawatan kerja beliau di Pulau Pinang.

UTC adalah salah satu langkah Kerajaan untuk memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan Kerajaan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan di UTC. Sebagai contoh, Pusat MyFutureJobs kini dibuka di UTC Pulau Pinang untuk bagi membantu lebih ramai #KeluargaMalaysia mendapat pekerjaan.

Di bawah Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan RM4.8 bilion bagi melaksanakan inisiatif JaminKerja menerusi 3 program iaitu Insentif Pengambilan Pekerja, MySTEP dan Program Latihan Dan Peningkatan Kemahiran untuk mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan.

Kementerian Kewangan akan terus menambah baik perkhidmatan di 23 UTC seluruh negara dan memastikan #KeluargaMalaysia terus mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif Kerajaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility