Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke ‘War Room’ Bahagian Cukai Di MOF

Sesi Turun Padang Ke ‘War Room’ Bahagian Cukai Di MOF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke ‘War Room’ Bahagian Cukai di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.

Bagi beliau, pasukan Bajet 2023 dan pasukan Bahagian Cukai adalah amat penting untuk penyediaan Bajet 2023. Pasukan Bajet 2023 telah ditubuhkan untuk merangka inisiatif untuk membantu rakyat manakala Bahagian Cukai pula merupakan pasukan yang ibarat mencari dana untuk membantu rakyat.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan Bahagian Cukai yang telah terlibat dan bertungkus lumus dalam menjayakan penyediaan Bajet 2023 yang Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility