Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke ZBC Pengkalan Kubor, Kelantan

Sesi Turun Padang Ke ZBC Pengkalan Kubor, Kelantan

YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan beramah mesra dan bersembang santai bersama operator perniagaan sekitar ZBC Pengkalan Kubor.

Pelbagai makanan serta barangan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan cenderahati antaranya ialah mangkuk viral, cawan otai dan sebagainya.

Beliau mengambil maklum segala rintihan dan pandangan yang dihadapi oleh pihak Persatuan Penjaja. Beliau berasa amat kagum dengan kecekalan mereka yang telah mengharungi pelbagai episod duka memandangkan pandemik COVID-19 pernah menyekat rezeki mereka.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Halim Husain selaku Pengerusi Penjaja KBC Pengkalan Kubor yang telah turut serta dalam sesi tersebut.

Beliau juga berkesempatan untuk meninjau kawasan Kompleks ICQS sempadan Pengkalan Kubor-Takbai diiringi oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


Arkib Foto

Logo Accessibility