Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Membantu Kerja-kerja Pembersihan

Sesi Turun Padang Membantu Kerja-kerja Pembersihan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama dengan rakan-rakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ke satu tempat yang teruk dilanda banjir, iaitu Kampung Labu Lanjut di kawasan Sepang, untuk membantu kerja-kerja pembersihan rumah di Taman Indah Puteri, Kampung Labu Lanjut.

Turut bersama-sama dengan pasukan NGO ialah para sukarelawan dari Kelab Perbendaharaan, Kementerian Kewangan yang diketuai oleh YBhg. Dato' Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Antara kekangan yang dihadapi semasa kerja-kerja pembersihan ialah jumlah barangan buangan yang menggunung di setiap luar rumah. Disebabkan barangan yang perlu dibuang akibat rosak dan sampah terlalu banyak serta memenuhi segenap ruang di tepi jalan luar pagar rumah, pelbagai barangan terpaksa dilonggokkan dalam kawasan pagar, menyebabkan pembersihan secara sempurna tidak dapat dijalankan.

Panggilan ke semua pembekal tong sampah roro (tong sampah bahan binaan beroda) juga tidak membuahkan hasil kerana mereka kehabisan tong sampah.

Walau bagaimanapun, kemudiannya beliau dan pasukan berjaya menyewa lori sampah dan meminjam dua tong sampah roro dari Perbadanan Putrajaya yang juga sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kampung berhampiran.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang memberikan bantuan yang sangat berharga. Beliau difahamkan Kementerian Wilayah Persekutuan telah menggerakkan agensi-agensi di bawahnya untuk membantu operasi pembersihan di pelbagai kawasan yang menghadapi musibah banjir di mana pasukan PPJ sendiri bukan hanya berada di Labu Lanjut, malah di Bukit Changgang, Jelebu dan Mentakab.

Terdapat pelbagai kekangan dan dugaan dihadapi oleh semua penduduk dan sukarelawan yang menjalankan kerja-kerja pembersihan pasca banjir. Longgokan sampah di kawasan rumah penduduk bukan saja menghalang usaha pembersihan yang sempurna, tetapi juga merupakan satu ancaman kesihatan awam yang tidak boleh diambil ringan. Ini antara perkara yang perlu diselesaikan sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility