YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II turun padang meninjau projek Tebatan Banjir di Jalan Gunong, Sungai Baru yang diselaraskan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Dalam tinjauan tersebut, beliau diberikan penerangan ringkas oleh YBrs. Tuan Kamaruddin Dahuli, Pengurus Besar MADA berkenaan projek dan masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2025 itu.
Dalam masa sama, komuniti pesawah yang terkesan juga hadir untuk berbincang dan memberikan pandangan agar kesan kepada tanaman yang diusahakan mereka dapat dielakkan sekiranya terjadi bencana banjir pada masa hadapan.
Turut hadir, YBhg. Dato' Seri Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YM Raja Muhammad Azhan Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan.