Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan

Sesi Turun Padang Ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan sempena Sesi Jelajah Bajet 2022.

Bagi beliau, pasar tersebut adalah unik dan bersesuaian dengan namanya, di mana majoriti peniaganya adalah kaum wanita yang menjunjung pegangan bahawa hasil perniagaan merupakan rezeki utama mereka dalam menjalani kehidupan seharian. ⠀

Beliau percaya bahawa kaum wanita adalah kunci kekuatan sosio-ekonomi Malaysia. Di bawah #Bajet2022, Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan pelbagai peruntukan untuk para usahawan wanita.

Sebanyak RM230 juta diperuntukkan untuk pembiayaan usahawan wanita menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank serta menerusi Program DANANITA di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan TEKUNITA melalui TEKUN Nasional. ⠀

Kerajaan juga menyediakan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi merancakkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi, termasuk latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan.

Dalam pada itu, Kerajaan turut akan melaksanakan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah. Program sebegini merangkumi penyediaan bantuan asas modal perniagaan, bimbingan dan latihan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian, melibatkan seramai 5,000 peserta termasuk seramai 2,000 ibu tunggal. ⠀

Arkib Foto

Logo Accessibility