YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan bersama-sama warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu dan warga Bank Simpanan Nasional (BSN) mengunjungi Restoran Singgang Budu, Kuala Terengganu di mana restoran tersebut merupakan penerima manfaat program mikro kredit BSN yang disalurkan oleh pihak Kerajaan melalui BSN.

Semoga dengan penyaluran program mikro kredit oleh pihak Kerajaan akan dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan dan dapat menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang.
![]() |
![]() |