YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan turun padang dan meninjau di gerai Keropok Lekor Kak Ummi Cheese Special, Kuala Terengganu di mana peniaga tersebut merupakan salah seorang penerima manfaat langsung melalui skim PENJANA, PEMERKASA-NITA, dan SEMARAK melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) khusus untuk peniaga mikro.

Beliau amat kagum melihat mereka menghadapi cabaran dalam mempertahankan jualan keropok lekor sehingga kini telah dikenali ramai.

Beliau juga berkesempatan melihat sendiri pembuatan keropok lekor cheese yang mempunyai kelainan berbanding keropok lekor biasa dan sekali gus menjadikan gerai keropok lekor tersebut semakin maju.

Semoga penyaluran skim serba sedikit dapat membantu para peniaga meneruskan perniagaan walaupun menghadapi ketidaktentuan pasaran ekonomi.