Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Industri Pembuatan Ukiran Kayu Kuala Terengganu

Sesi Turun Padang Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Industri Pembuatan Ukiran Kayu Kuala Terengganu

YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan melawat Industri Pembuatan Ukiran Kayu Kuala Terengganu di Kedai Bulu, Kampung Titian Rawa. Kedai tersebut dinamakan D'Rawa Senikayu yang diusahakan oleh Encik Muhammad Nasrullah Mat Yasir.

Terdapat pelbagai perabot kayu ukiran tangan berkonsepkan seni tradisi Melayu. Bukan itu sahaja, beliau turut melihat sendiri bagaimana penghasilan ukiran kayu untuk sesebuah perabot yang memerlukan teknik-teknik lembut untuk mendapat ukiran seni yang cantic dan harmoni.

Encik Nasrullah juga merupakan salah satu penerima manfaat PEMERKASA melalui Bank Simpanan Nasional yang telah mendapat pembiayaan dan sokongan keperluan dalam perniagaan tersebut. 

Usaha dan semangat pengukir tukang kayu dalam usaha memartabatkan seni ukiran kayu sememangnya amat mahal dan mesti dihargai. Pelbagai cadangan dan maklum balas telah diterima dan akan diusahakan untuk diperhalusi di peringkat seterusnya.




Arkib Foto

Logo Accessibility