Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Rumah Panjang Uma Ukit, Sarawak

Sesi Turun Padang Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Rumah Panjang Uma Ukit, Sarawak

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang dan singgah ke Rumah Panjang Uma Ukit. Beliau telah diiringi oleh YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Ahli Parlimen Hulu Rejang dan ketua-ketua agensi dan jabatan.

Walaupun perjalanan menggunakan jalan darat yang memakan masa selama 2 jam, beliau ingin turun padang untuk melihat keadaan dan untuk berjumpa dengan semua penduduk yang mana mempunyai 79 pintu kesemuanya.

Kawasan tersebut beliau lihat sememangnya sangat tinggi semangat kekeluargaannya. Beliau telah disambut dengan tarian kebudayaan dan keceriaan masyarakat di Rumah Panjang tersebut.

Beliau mengakui bahawa kawasan pedalaman tersebut masih ketinggalan dari aspek ekonomi, pendidikan, infrastruktur, telekomunikasi, bekalan air dan elektrik. Namun begitu, beliau amat kagum apabila mendengar terdapat anak-anak di Uma Ukit tersebut tetap meneruskan pengajian ke menara gading.

#Bajet2023 akan memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti. Beliau akan membawa beberapa permintaan dan cadangan yang diutarakan untuk dibincangkan bersama Pasukan Bajet 2023.


Arkib Foto

Logo Accessibility