YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan turun padang ke Mambau untuk sesi lawatan ke tapak cadangan kebun buah-buahan sempena Jelajah Belanjawan 2024 di Negeri Sembilan. Dalam sesi lawatan tersebut, satu taklimat ringkas turut diadakan di tapak kebun di Pusat Pertanian Sendayan.
Delegasi Kementerian Kewangan juga ke D’ Era Pouch Industries Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3 bertujuan melihat hub pengumpulan, pengagihan dan jualan produk-produk usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Lokasi terakhir adalah sesi ramah mesra bersama warga Nilai yang terpilih di Dewan Perbandaran Nilai. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Tuan Arul Kumar Jambunathan, YB DUN Nilai serta Tuan Mohd Nizam Tajul Arus, Pegawai Daerah Seremban.
YB Tuan Steven juga telah menyampaikan sumbangan daripada Bank Simpanan Nasional kepada 50 buah keluarga yang telah disyorkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sekitar Nilai.