YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir di Dewan Bandaraya, Kompleks Bandaraya Kuantan bagi menyerahkan Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) Daerah Kuantan Fasa 1 kepada seramai lebih 2000 penerima.
![]() |
![]() |
Bantuan tersebut adalah di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan diuruskan oleh Majlis Bandaraya Kuantan. Ini sekali lagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan banjir lalu dan mengikut keperluan bencana. Untuk menguruskan peruntukan ini bukanlah satu proses yang mudah. Pengurusan dan kaedah penyaluran perlu diteliti sebaiknya supaya setiap yang layak akan menerima.
![]() |
![]() |
Beliau berharap dengan penerimaan bantuan tersebut, rasa syukur dan nikmat setiap penerima dapat diterjemahkan dengan pengurusan kewangan yang sebaiknya.
![]() |
![]() |
Beliau sebagai pemimpin akan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk masyarakat. Bersama-sama kita saling menasihati, tegur menegur dan bertolak ansur demi kebaikan bersama. Semoga kita menjadi masyarakat yang mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam bersatu padu melahirkan generasi yang cemerlang pada masa hadapan.