YB Puan Lim Ying Hui, Timbalan Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Bahagian Pelaburan Strategik (SID).

SID memainkan peranan penting dalam merancang dan memaksimumkan pelaburan strategik kerajaan untuk menberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. SID telah berusaha untuk mengoptimalkan nilai pelaburan dan memastikan keseluruhan portfolio pelaburan strategik kerajaan memberi pulangan maksimum.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai di SID yang telah memberikan penjelasan yang mendalam dan menjawab segala pertanyaan beliau.

Beliau juga berharap agar dapat bekerjasama dengan lebih kerap dalam membawa negara ke arah pertumbuhan dan kemajuan yang lebih besar.