Kunjungan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan Pasukan Belanjawan 2025 ke bumi Terengganu menjadi satu petanda positif buat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang melancarkan misi serampang dua mata apabila meneruskan Siri Jelajah Belanjawan 2025: Kuala Terengganu membabitkan Sesi Libat Urus bersama penggiat industri pelancongan dan Taklimat Pelaksanaan Projek dan Program Pembasmian Kemiskinan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pertemuan kali ini bukan sahaja menjadi agenda bertemu mata sebaliknya Kerajaan optimis untuk membantu negeri biarpun berstatus pembangkang bagi meningkatkan dinamik ekonomi pelancongan Terengganu selaras dengan Tahun Melawat Malaysia pada 2026 akan datang.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman bagi membincangkan Sesi Pembentangan Cadangan Belanjawan 2025 oleh Kerajaan Negeri.