Ketibaan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II ke Kompleks Kementerian Kewangan disambut oleh Pengurusan Tertinggi seusai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Negara.

Beliau kemudiannya diberikan taklimat ringkas oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan turut disertai oleh Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.


