Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah telah menghadiri taklimat dan lawatan kerja ke kilang Proton di Tanjung Malim, Perak, untuk berkongsi pendapat dan cadangan bagi menyokong ekonomi Malaysia.
Proton telah berkongsi visi dan pelan mereka untuk bersama-sama memastikan ekosistem pembekal tempatan terus diperluas dan diberi perhatian.
Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Radzaif bin Mohamed dan warga Proton atas dedikasi menyokong Kerajaan untuk terus menghasilkan dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki kereta nasional yang terbaik.






