Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah menghadiri taklimat dan mesyuarat daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
Pelbagai isu telah dibincangkan berkenaan objektif KWAP dalam menguruskan caruman dan pelaburan kumpulan wang serta menguruskan pembayaran pencen.
Terima kasih kepada Tuan Syed Hamadah Syed Othman, ketua Pegawai Eksekutif KWAP dan Pengurusan Tertinggi diatas sambutan dan taklimat.




