Pilih bahasa anda
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mempengerusikan Taklimat Editor Belanjawan 2027 yang menghimpunkan pengarang dan editor kanan organisasi media menjelang pembentangan Belanjawan 2027.
Dalam sesi tersebut, YAB Dato’ Seri Anwar menegaskan bahawa kekuatan asas makroekonomi negara perlu diterjemahkan kepada pertumbuhan yang lebih menyeluruh serta manfaat yang benar-benar dirasai rakyat.
Tumpuan Kerajaan bukan sahaja kepada prestasi ekonomi, tetapi juga usaha menangani kos sara hidup, meningkatkan pendapatan, mengurangkan ketidaksamaan serta memastikan manfaat pertumbuhan dapat dinikmati secara lebih meluas.
Pada masa yang sama, agenda pembaharuan akan terus diperkukuh menerusi penyasaran subsidi, disiplin fiskal, pengawasan perbelanjaan yang lebih berkesan serta usaha memperkukuh tatakelola dan membanteras ketirisan, rasuah, kartel dan monopoli.
Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha memastikan kemajuan ekonomi diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat, keyakinan terhadap institusi serta pertumbuhan negara yang lebih mampan.
Taklimat turut merangkumi pembentangan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II mengenai perkembangan semasa ekonomi negara serta prospek makroekonomi.