Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah meninjau dan melawat Sekolah Kebangsaan Tesu, Serian, Sarawak (sekolah daif) bersama Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
Sekolah tersebut menempatkan 75 orang murid termasuk pra sekolah dan 11 orang guru yang melibatkan masyarakat di dua kampung iaitu Kampung Tesu Kura dan Kampung Tesu Mawang.
Beliau telah dimaklumkan berkenaan alternatif penambahbaikkan pelaksanaan sekolah daif dan beliau telah meminta agar jabatan berkaitan meneliti perkara tersebut bagi memastikan impak pembangunan bersasar kepada keperluan pendidikan dan kehendak penduduk setempat.





