YB Datuk Seri Haji Ahmad Maslan ,Timbalan Menteri Kewangan I dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah memulakan tugas secara rasmi sebaik dilantik pada 10 Disember 2022.
Mereka tiba di pekarangan Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya dan telah disambut oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) dan warga kerja MOF.
Mereka telah menghadiri taklimat tertutup bersama Pegurusan Tertinggi MOF dan meninjau sekitar pejabat Timbalan Menteri Kewangan.
Selamat datang dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada YB Timbalan Menteri Kewangan I dan II.