Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Pengumuman

Notis Pemakluman Kontrak Pusat Perkhidmatan Pos Laju Kepada Semua Kementerian, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun Dan Pihak Berkuasa Tempatan Di Seluruh Malaysia

Notis Pemakluman Kontrak Pusat Perkhidmatan Pos Laju Kepada Semua Kementerian, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun Dan Pihak Berkuasa Tempatan Di Seluruh Malaysia

GANGGUAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DOKUMEN DAN BARANGAN DISEBABKAN OLEH BANJIR


Adalah dimaklumkan bahawa Pos Malaysia Berhad (PMB) yang merupakan syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran dokumen dan barangan yang dilantik untuk melaksanakan Kontrak Pusat Perkhidmatan Pos Laju telah memaklumkan bahawa bencana banjir yang melanda negara telah menjejaskan perkhidmatan kaunter, penghantaran dan kutipan di kawasan yang terjejas. Susulan daripada itu, beberapa cawangan Pejabat Pos Malaysia (seperti di LAMPIRAN A) telah ditutup.

Agensi boleh merujuk kepada laman web PMB iaitu www.pos.com.my dari semasa ke semasa bagi mendapatkan info segera dan terkini mengenai penutupan premis PMB akibat banjir. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Kontrak Pusat Perkhidmatan Pos Laju di kawasan berkenaan, bolehlah dikemukakan melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan disalinkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 


Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
20 Disember 2021

Arkib Pengumuman

Logo Accessibility