Adalah dimaklumkan bahawa syarikat pembekal Kontrak Pusat Kertas A4 Putih 80 gsm iaitu Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) akan menghentikan operasi pembekalan dan penghantaran Kertas A4 putih 80 gsm buat sementara waktu sempena sambutan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025.
Sehubungan itu, tarikh akhir penghantaran kertas A4 putih 80 gsm ke Agensi Kerajaan adalah pada 28 Mac 2025 (Jumaat). Pembekalan dan penghantaran akan kembali beroperasi seperti biasa mulai 7 April 2025 (Isnin).
Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah membuat perancangan pembelian supaya tiada gangguan bekalan kertas di peringkat Agensi.
Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
27 Mac 2025