Adalah dimaklumkan bahawa, mulai 1 Jun 2021 (Selasa) permohonan pengecualian duti eksais dan cukai jualan ke atas pindah milik/jual/kegunaan persendirian bagi teksi bajet dan kereta sewa milik individu perlu dikemukakan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri yang berhampiran.
Bahagian Cukai Kementerian Kewangan tidak lagi menerima atau memproses permohonan berkaitan. Pemohon boleh menghubungi pejabat JKDM Negeri berdekatan atau melayari portal rasmi JKDM untuk maklumat lanjut. Harap maklum.
Bahagian Cukai
Kementerian Kewangan Malaysia