Adalah dimaklumkan bahawa syarikat pembekal Kontrak Pusat Kertas A4 Putih 80 gsm iaitu NKS Systems Sdn. Bhd. akan menghentikan operasi pembekalan dan penghantaran Kertas A4 Putih 80 gsm buat sementara waktu sempena sambutan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021.
Sehubungan itu, tarikh akhir penghantaran kertas ke Agensi Kerajaan adalah pada 7 Mei 2021 (Jumaat). Pembekalan dan penghantaran akan kembali beroperasi seperti biasa mulai 17 Mei 2021 (Selasa).
Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah membuat perancangan pembelian supaya tiada gangguan bekalan kertas di peringkat Agensi.
Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
28 April 2021